Friday, February 27, 2009

Kompleks Sukan Air Putrajaya







PUTRAJAYA 21 Dis. - Pembinaan kompleks Taman Cabaran Putrajaya yang menempatkan kemudahan sukan ekstrem bertaraf antarabangsa bernilai RM40 juta dijangka siap menjelang Februari tahun depan.

Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, segala kemudahan di kompleks itu memberi peluang kepada lebih ramai remaja menyertai sukan ekstrem yang kian mendapat tempat di kalangan golongan tersebut.

Menurut Samsudin, kemudahan yang terdapat di kompleks seluas 28.3 hektar itu cukup lengkap untuk membolehkan acara sukan ekstrem bertaraf antarabangsa dianjurkan di sini pada masa akan datang.

Bagaimanapun, jelas beliau, buat masa ini pihaknya ingin menumpukan kepada usaha menarik golongan remaja di Putrajaya dan kawasan sekitarnya memanfaatkan kemudahan di kompleks tersebut.

"Sebenarnya kompleks itu belum siap sepenuhnya tetapi sudah terdapat golongan remaja yang meninjau dan dilihat membawa basikal mereka ke situ.

"Ini petanda baik kerana selain mempunyai kemudahan sukan air, Putrajaya juga mempunyai tempat khas bagi tujuan sukan yang mencabar," katanya.


Beliau berkata, kompleks itu akan dibuka setiap hari dengan bayaran minimum yang tidak membebankan bagi menampung kos penyenggaraan selain dikendalikan oleh tenaga pakar dan jurulatih dalam sukan ekstrem.

No comments: